Hari ini boleh dianggap sebagai salah satu detik yang sangat baik buat Kontinjen Kedah apabila banyak kejuaraan berjaya dimiliki mereka dalam pelbagai acara dilalui dalam saingan SUKMA 2024.
Konsistensi Kedah untuk mendapatkan emas diteruskan lagi kini dengan terbaharu mereka berjaya meraih pingat tersebut bagi empat acara berbeza dan kita boleh anggap sangat membanggakan.
Nur Syazwani binti Radzi telah pun meraih pingat emas hari ini menerusi acara (Angkat Berat Tidak Melebihi 64 KG Wanita), gandingan Ammar bin Yassir, Muhammad Aiman bin Supri, Nur Fitrah binti Shaari, serta Phi Kun A/P Pan meraih gelaran emas pada acara Berbasikal Cross Country Olimpic (XCO)- Relay Campuran.
Sementara Vinishya A/P Pugeneswaran menghadiahkan emas buat Kedah melalui acara Silambam Poruthal 60 KG-70 KG Wanita serta akhir sekali Phi Kun A/P Pan bagi saingan Berbasikal Cross Country Olympic (XCO) Wanita.
Pingat Perak pula menyaksikan Nur Fitrah binti Shaari meraihnya menerusi acara Berbasikal Cross Country Olympic (XCO) Wanita, serta Jayasheenii A/P Saravanan bagi saingan Silambam Poruthal 50 KG- 60 KG Wanita.
Dua pingat gangsa buat Kedah masing-masing diperoleh Nurul Nabilah binti Mohd Asri (Berbasikal Cross Country Olympic (XCO) Wanita), serta Nishath A/L Karthigesan (Silambam Poruthal Melebihi 75 KG Lelaki).
Secara keseluruhan Kedah telah pun meraih 11 emas, 11 perak, serta 21 gangsa untuk menjadikan 43 pingat dirah Jelapang Padi untuk setakat ini dan berada di tangga ke-13.
Di media sosial, rata-rata peminat terus teguh memberi sokongan padu khususnya pada laman rasmi Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah) atas kejayaan telah diraih oleh para atlet.
Kami di Arena HijauKuning juga akan terus memberi sokongan padu khas buat negeri Jelapang Padi kesayangan!