Konsistensi kontinjen Kedah untuk meraih pingat emas setiap hari di saingan SUKMA 2024 di Sarawak berjaya pastikan Jelapang padi untuk melonjakkan kedudukan semasa ke arah lebih tinggi kini.
Jika semalam Kedah hanya meraih 11 pingat emas, ianya terus bertambah hari ini apabila beberapa atlet memastikan ia menjadi lebih baik menerusi beberapa acara disertai.
Kedudukan semasa kini menyaksikan Kedah berada di tangga ke-11 berbanding semalam di tangga ke-13 dengan beberapa kutipan pingat lain turut diraih mereka.
Posisi tersebut menjadikan kini Kedah telah pun memintas Melaka, Perlis, Kelantan, serta Brunei yang hanya meraih satu pingat emas sahaja untuk berada di tangga terakhir.
Peningkatan prestasi dipamerkan oleh para atlet Kedah itu kini menjadikan mereka terus meraih pujian penuh oleh para penyokong di media sosial dengan pelbagai lontaran kata positif diberikan buat para wira dan wirawati negeri ini.
Walaupun sasaran asal ditetapkan masih jauh, secara keseluruhan prestasi diberikan oleh para atlet jelas begitu memberansangkan terutama membabitkan beberapa acara lain.
Kutipan semasa menyaksikan Kedah kini meraih 14 pingat emas, 15 perak, bersama 24 gangsa untuk menjadikan ia mereka meraih 53 pingat secara keseluruhan.
Antara kejayaan Kedah hari ini terarah kepada acara Memanah (Recurve Wanita) yang meraih pingat emas menerusi sentuhan Ku Nurin Afiqah binti Ku Ruzaini, Nur Auni Aqilah binti Andri, serta Nur Auni Firdina Wafiqah binti Noor Azlan.
Beberapa pingat perak dan gangsa turut diraih Kedah pada hari ini untuk terus membanggakan para penyokong yang setia memberi dokongan buat mereka sepanjang di Sarawak.