Kedah nampaknya tampil dengan begitu konsisten sehingga hari ini dalam saingan SUKMA 2024 di Sarawak dengan terbaharu mereka berjaya mendapatkan pingat emas kelima.
Selepas konsisten meraih empat emas sebelum itu, kini tiba giliran buat Muhammad Amin Hakimi bin Mohd Shukry yang meraih pingat kelima buat kontinjen Kedah menerusi acara Angkat Berat Tidak Melebihi 61KG Lelaki.
Momentum kecemerlangan kontinjen Kedah juga diteruskan lagi dalam beberapa acara untuk menyumbang lebih banyak pingat buat Jelapang Padi kali ini.
Termasuk emas milik Hakimi, terbaharu Kedah telah pun membolot beberapa pingat terbaharu di pelbagai kejohanan untuk menjadikan para peminat tampil gembira di Sarawak.
Catatan semasa menyaksikan 25 pingat sudah pun digenggam Kedah untuk berada di kedudukan ke-12 daripada 15 pasukan yang bertanding kali ini.
Selain emas diraih oleh Amin Hakimi, kategori lain menyaksikan satu pingat perak berjaya digenggam oleh Darwish Putra bin Muhd Sanusi bagi acara Berbasikal BMX Race Lelaki.
Selebihnya lagi merupakan pingat gangsa yang masing-masing diperoleh melalui Eric Ho Han Xin (Karate Kumite Individu 68KG Wanita) dan Farissa Najihah binti Yousmera, Nur Anis Anisya binti Muhamad Zafli, serta Nurul Anis Nabila binti Mohd Nizam menerusi acara Tenpin Boling Women’s Bertiga.
Statistik pecahan bagi kutipan pingat Kedah menyaksikan mereka memperoleh 5 emas, 6 perak, bersama 25 gangsa bersama jumlah keseluruhan 25 kejayaan direkodkan oleh negeri Jelapang Padi setakat ini.
Selain itu, aksi lain menyaksikan skuad ragbi lelaki berjaya mengikat seri Kelantan menerusi keputusan 12-12 dan bakal bersambung pada hari esok.
Pastinya lebih banyak kejayaan baharu bakal dilakar atlet lain dalam usaha untuk terus membanggakan nama Kedah serta memperbaiki kedudukan semasa.