Kontinjen Kedah nampaknya terus konsisten kini dalam memungut pingat dalam saingan SUKMA 2024 dengan hari ini sahaja beberapa penambahan baharu sudah diraih menerusi para atlet Jelapang Padi.
Kutipan terbaharu menyaksikan kini Kedah sudah pun mengumpul 10 kutipan pingat semasa dengan penambahan baharu dilakar hari ini sebelum majlis perasmian bakal berlangsung.
3 emas, 4 perak, dan 3 gangsa menjadi jumlah kutipan pingat terbaharu buat kem Jelapang Padi yang kini sedang berkampung di Sarawak dalam misi mengharumkan nama negeri.
Untuk hari ini, Kedah berjaya memungut emas ketiga menerusi Nur Fitriah binti Shaari melalui acara Berbasikal Wanita Kriterium untuk terus membanggakan para peminat sukan Kedah.
Lebih menarik, Fitriah secara individu kini sudah pun memungut 4 pingat secara keseluruhan buat Kedah dan 3 lagi menerusi acara Berbasikal Wanita Lepas Beramai-Ramai Berpasukan (Emas), Berbasikal Wanita Lepas Beramai-Ramai Perseorangan (Perak) dan Berbasikal Wanita Ujian Masa Perseorangan (Gangsa).
Lain-lain kutipan menyaksikan Wan Nor Amni Madihah binti Wan Mohd Faisal yang meraih pingat emas melalui acara Wushu Wanita 56KG.
Bagi pingat perak, Ming Xing Koo berjaya mendapatkan pingat perak bagi acara Wushu Lelaki Jianshu, Avila Vianney Anak Tet-Foot (Taekwando Wanita Individu Gaya Bebas), Avila Vianney Anak Tet-Foot, Leonardo Jin Hao Huang, serta Peiny Chung Min Pei (Taekwando Campuran Pasukan Terbuka Gaya Bebas).
Untuk pingat gangsa pula, Muhammad Amzar Amsyar Bin Aznan memperolehinya menerusi acara Wushu Lelaki 70KG, Fredylster Anak British bersama Avila Vianney Anak Tet-Foot melalui Taekwando Campuran Bergu Campuran Gaya Bebas.
Kami di sini ingin mengucapkan jutaan tahniah buat para atlet yang tidak putus berusaha sejak awal demi mengharumkan nama negeri Kedah di pentas kebangsaan.