Sasaran kontinjen Kedah untuk meraih 23 pingat emas akhirnya tidak tercapai juga dalam saingan SUKMA 2024 yang sudah pun tamat beberapa hari lalu. Namun, secara keseluruhan ia tetap membanggakan.
Sejak awal penyertaan Kedah pada edisi kali ini, para atlet jelas tampil dengan begitu konsisten dalam setiap acara dipertandingkan dalam usaha untuk membanggakan nama negeri.
Walaupun begitu, mereka bermula sedikit perlahan dengan catatan pingat emas sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat jika atlet Kedah mampu melepasi sasaran ditetapkan.
Namun, konsistensi ditampilkan atlet-atlet negeri Jelapang Padi itu nyata membuahkan hasil apabila mereka kini berjaya menghampiri sasaran telah ditetapkan sejak awal.
Untuk keseluruhan, Kedah berjaya meraih 21 pingat emas menerusi pelbagai kategori dipertandingkan selain 19 pingat perak, dan 28 gangsa.
Untuk acara Pelayaran sahaja, Kedah telah pun meraih empat pingat emas secara keseluruhan selain satu menerusi ping pong serta saingan E-Sports yang dianggap sangat membanggakan para peminat tanah air.
Di media sosial, rata-rata peminat menghamburkan pujian penuh buat atlet Kedah yang tampil konsisten dengan pencapaian tersendiri untuk mengatasi sasaran telah ditetapkan.
Kami di Arena HijauKuning sendiri tampil bangga akan kejayaan dicipta mereka dan sudah tentu ini akan menaikkan lagi motivasi lebih ramai anak-anak muda untuk menceburi bidang sukan demi mengharumkan nama negeri.
Sekali lagi, tahniah buat semua yang terlibat untuk cuba menjayakan misi 23 pingat emas buat Kedah di SUKMA Sarawak walaupun tidak melepasinya.
Anda wira dan wirawati kami!