2023 HakCipta Terpelihara Arena HijauKuning
Author: Webmaster
SUKMA 2024: Jumlah Emas Buat Kedah Dianggap Tetap Membanggakan!
2 Mins Read125 Views
Sasaran kontinjen Kedah untuk meraih 23 pingat emas akhirnya tidak tercapai juga dalam saingan SUKMA 2024 yang sudah pun tamat beberapa hari lalu. Namun, secara keseluruhan ia tetap membanggakan. Sejak awal penyertaan Kedah pada edisi kali ini, para atlet jelas tampil dengan begitu konsisten dalam setiap acara dipertandingkan dalam usaha untuk membanggakan nama negeri. Walaupun begitu, mereka bermula sedikit perlahan dengan catatan pingat emas sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat jika atlet Kedah mampu melepasi sasaran ditetapkan. Namun, konsistensi ditampilkan atlet-atlet negeri Jelapang Padi itu nyata membuahkan hasil apabila mereka kini berjaya menghampiri sasaran telah ditetapkan sejak awal. Untuk keseluruhan,…
SUKMA 2024: Skuad Berbasikal Antara Penyumbang Pingat Terbesar Buat Kedah
2 Mins Read184 Views
Skuad berbasikal Kedah kali ini antara yang begitu menonjol di pentas SUKMA 2024, Sarawak apabila mereka berjaya merekodkan pelbagai kejayaan untuk mengharumkan nama negeri. Apa tidaknya, untuk saingan edisi kali ini sahaja menyaksikan 10 pingat berjaya diraih oleh skuad tersebut untuk menjadikan ia sebagai sebahagian besar kejayaan buat negeri Jelapang Padi. 5 emas, 3 perak, dan 2 gangsa menjadi saksi kejayaan skuad berbasikal kali ini begitu cemerlang di kejohanan SUKMA sehingga mendapat perhatian ramai peminat menerusi media sosial. Malah, acara berbasikal juga menjadi saksi Kedah untuk meraih pingat emas sulung di Sarawak melalui Nur Fitrah Binti Shaari Nurul Nabilah Binti…
SUKMA 2024: Konsistensi Emas Pastikan Kedah Lonjak Di Tangga Lebih Atas
2 Mins Read230 Views
Konsistensi kontinjen Kedah untuk meraih pingat emas setiap hari di saingan SUKMA 2024 di Sarawak berjaya pastikan Jelapang padi untuk melonjakkan kedudukan semasa ke arah lebih tinggi kini. Jika semalam Kedah hanya meraih 11 pingat emas, ianya terus bertambah hari ini apabila beberapa atlet memastikan ia menjadi lebih baik menerusi beberapa acara disertai. Kedudukan semasa kini menyaksikan Kedah berada di tangga ke-11 berbanding semalam di tangga ke-13 dengan beberapa kutipan pingat lain turut diraih mereka. Posisi tersebut menjadikan kini Kedah telah pun memintas Melaka, Perlis, Kelantan, serta Brunei yang hanya meraih satu pingat emas sahaja untuk berada di tangga terakhir.…
SUKMA 2024: Statistik Pingat Emas Kedah Terus Bertambah
2 Mins Read483 Views
Hari ini boleh dianggap sebagai salah satu detik yang sangat baik buat Kontinjen Kedah apabila banyak kejuaraan berjaya dimiliki mereka dalam pelbagai acara dilalui dalam saingan SUKMA 2024. Konsistensi Kedah untuk mendapatkan emas diteruskan lagi kini dengan terbaharu mereka berjaya meraih pingat tersebut bagi empat acara berbeza dan kita boleh anggap sangat membanggakan. Nur Syazwani binti Radzi telah pun meraih pingat emas hari ini menerusi acara (Angkat Berat Tidak Melebihi 64 KG Wanita), gandingan Ammar bin Yassir, Muhammad Aiman bin Supri, Nur Fitrah binti Shaari, serta Phi Kun A/P Pan meraih gelaran emas pada acara Berbasikal Cross Country Olimpic (XCO)-…
SUKMA: 4 Pingat Terbaharu Kini Jadi Milik Kedah
2 Mins Read396 Views
Momentum Kedah untuk meraih kejayaan baharu di Sarawak diteruskan dengan kini mereka menambah 4 pingat untuk terus membanggakan para penyokong di pentas SUKMA 2024. Terbaharu, Anis Natasya binti Ahmad tampil selaku penyumbang pingat emas ketujuh buat Kedah menerusi acara Berbasikal (Down Hill Individual) Wanita. Kejayaan itu jelas memberi reaksi cukup positif dalam kalangan peminat sukan SUKMA Kedah apabila Anis berjaya memberi sumbangan pingat emas terbaharu buat kem Jelapang Padi hari ini. Menerusi perkongsian dibuat oleh Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah), mereka turut mengucapkan tahniah buat Anis yang mencipta kejayaan selain beberapa komen positif turut diberikan. “EMAS MAI LAGI UNTUK…
SUKMA 2024: Srikandi Kedah ‘Bersinar’ Di Sarawak
2 Mins Read306 Views
Kontinjen Kedah berjaya menambah satu lagi pingat emas hari ini dalam saingan SUKMA 2024 yang kini sedang berlangsung di Sarawak selain beberapa lagi kejuaraan turut diperoleh sebentar tadi. Nur Adina Fatihah binti Zaharul Nizam menjadi atlet terbaharu yang berjaya mengharumkan nama Kedah di Sarawak apabila beliau unggul meraih pingat emas bagi kategori Pencak Silat Solo Kreatif Wanita sebentar tadi. Kejayaan itu memastikan Kedah kini secara rasminya telah pun meraih enam kutipan pingat emas sejak saingan SUKMA 2024 mula berlangsung bersama aksi cukup membanggakan. Kejayaan Adina juga menjadikan beliau mendapat perhatian para peminat yang tampil memberi ucapan tahniah kepada beliau menerusi…
SUKMA 2024: Kedah ‘Borong’ Lebih Banyak Pingat Untuk Harumkan Negeri
2 Mins Read1,464 Views
Kedah nampaknya tampil dengan begitu konsisten sehingga hari ini dalam saingan SUKMA 2024 di Sarawak dengan terbaharu mereka berjaya mendapatkan pingat emas kelima. Selepas konsisten meraih empat emas sebelum itu, kini tiba giliran buat Muhammad Amin Hakimi bin Mohd Shukry yang meraih pingat kelima buat kontinjen Kedah menerusi acara Angkat Berat Tidak Melebihi 61KG Lelaki. Momentum kecemerlangan kontinjen Kedah juga diteruskan lagi dalam beberapa acara untuk menyumbang lebih banyak pingat buat Jelapang Padi kali ini. Termasuk emas milik Hakimi, terbaharu Kedah telah pun membolot beberapa pingat terbaharu di pelbagai kejohanan untuk menjadikan para peminat tampil gembira di Sarawak. Catatan semasa…
SUKMA 2024: Kedah Bolot 8 Pingat Untuk Aksi Terbaharu
2 Mins Read4,380 Views
Atlet Kedah terus mencipta rekod membanggakan apabila momentum emas dan pingat lain diteruskan pada hari ini, apabila mereka berjaya meraih beberapa kejuaraan terbaharu mengikut sukan dipertandingkan. Terbaharu, kontinjen Kedah berjaya meraih 8 pingat dengan salah satu daripadanya ialah emas menerusi sumbangan Krishnan A/L Vellu dalam acara Karate Kumite Individu 60KG Lelaki. Kejayaan itu turut dikongsikan sendiri melalui Majlis Sukan Negeri Kedah di Facebook dengan laman berkenaan mengucapkan tahniah atas kejayaan Krishnan. “Kontinjen Kedah telah menaiki podium dengan Pingat Emas melalui Krishnan A/L Vellu dalam acara Karate (Kumite Individu Lelaki – 60kg),” jelas laman tersebut. Kejayaan itu menyaksikan Kedah kini sudah…
SUKMA 2024: Jumlah Kutipan Pingat Kedah Sudah Cecah 2 Angka
2 Mins Read589 Views
Kontinjen Kedah nampaknya terus konsisten kini dalam memungut pingat dalam saingan SUKMA 2024 dengan hari ini sahaja beberapa penambahan baharu sudah diraih menerusi para atlet Jelapang Padi. Kutipan terbaharu menyaksikan kini Kedah sudah pun mengumpul 10 kutipan pingat semasa dengan penambahan baharu dilakar hari ini sebelum majlis perasmian bakal berlangsung. 3 emas, 4 perak, dan 3 gangsa menjadi jumlah kutipan pingat terbaharu buat kem Jelapang Padi yang kini sedang berkampung di Sarawak dalam misi mengharumkan nama negeri. Untuk hari ini, Kedah berjaya memungut emas ketiga menerusi Nur Fitriah binti Shaari melalui acara Berbasikal Wanita Kriterium untuk terus membanggakan para peminat…
SUKMA SARAWAK 2024: Emas Sulung Akhirnya Berjaya Diperoleh Kedah
2 Mins Read1,915 Views
Kontinjen Kedah akhirnya berjaya memperoleh emas sulung mereka di kejohanan SUKMA Sarawak 2024 menerusi acara berbasikal 108KM Lepas Beramai-Ramai (Berpasukan) sebentar tadi untuk membanggakan peminat sukan di negeri Jelapang Padi. “Kontinjen Kedah telah berjaya menggondol Pingat Emas melalui Nur Fitrah Binti Shaari Nurul Nabilah Binti Mohd Asri, Phi Kun A/P Pan dan Zahra Afifah Binti Zamri dalam acara Berbasikal (108KM LEPAS BERAMAI-RAMAI – BERPASUKAN),” kongsi laman rasmi Majlis Sukan Negeri Kedah di Facebook. Kejayaan itu dianggap sangat membanggakan apabila Kedah turut memperoleh pingat perak hari ini menerusi acara Berbasikal 108KM Lepas Beramai-Ramai (Perseorangan) menerusi Nur Fitrah Binti Shaari. Malah, rata-rata…